Wednesday, November 28, 2012

Food for Our Soul : Pedoman utk Suami dan Isteri

Came across this entry. A reminder to all wives and husbands out there. A reminder to me.


Pedoman Untuk Isteri
Click here for full entry
Just some tips for highlights


"Isteri jangan menyakiti hati suami samaada dengan kata kata, tingkah laku atau mimik muka. Suami yang terguris hatinya dan memendam rasa akan mengurangkan komitment terhadap isterinya" Need to improve myself on this!

"Suka merungut merupakan sikap yang perlu dijauhi oleh isteri. Terlalu banyak rungutan boleh menyebabkan suami bosan dan akhirnya mencetuskan konflik dalam rumahtangga"  
Also need to improve myself in this department
"Isteri yang terlalu banyak meminta-minta mengakibatkan suami rasa tertekan dan terganggu. Berpada-padalah dalam banyak perkara kerana kesederhanaan membawa kepada ketenangan" Ahemmmm!

"Isteri yang selalu membantah kata-kata suaminya ibarat menabur duri dalam rumahtangganya, malah mendekatkan dirinya kepada nusyuz . Perbuatan ini pastinya dimurkai Allah" Nauzubillah

"Suami tidak suka isteri yang kasar dan garang samaada terhadap suami dan anak-anak.Isteri yang terlalu garang menyebabkan suami dan anak-anak menjauhkan diri daripadanya" kena jadi lemah lembut sket ye, airin!

"Isteri yang kuat berleter akan timbulkan suasana tidak tenang pada suami, terutamanya pada pagi hari. Cari masa yang sesuai berbincang dan buat suami rasa dihargai" Alamak.. kalau susah sgt kejut bgn tidur mcmmana yer...

"Memaksa suami beralah ketika berselisih faham hanya memberi keuntungan jangka pendek pada pihak isteri kerana suami akan memendam perasaan marah yang berterusan"  



Pedoman Untuk Suami
Click here for full entry
Just some tips for highlights

"Suami usah terlalu tegas dan kasar terhadap anak-anak kerana ia menganggu proses perkembangan dan emosi. Awasi bahasa percakapan dan hindari ungkapan kesat atau maki hamun"

"Suami yang kerap pulang lewat kerumah akan beri tekanan pada isteri dan anak-anak. Berusaha seawal mungkin berada di rumah kerana seorang suami sering ditunggu kepulangannya"


"Suami yang tak bersedia memohon maaf daripada isteri sebenarnya ego dan akan menyakiti hati isterinya. Mengucapkan maaf pada isteri membuatkan suami lebih disayangi dan dihormati.

"Suami yang pendiam, dingin dan pasif dengan isteri sebenarnya gagal mengemudi perkahwinannya dengan baik. Kedinginan suami menyebabkan isteri rasa terpinggir dan tidak dipedulikan" 

"Suami yang kurang komunikasi dan interaksi dengan isteri dengan keluarga menyebabkan anak dan isteri semakin menjauh daripadanya. Banyakkan sentuhan dan renungilah mata-mata mereka sedalam-dalamnya"

"Suami yang terlalu ego akan membuat isterinya tertekan. sikap tersebut megenepikan isteri dan dia merasakan tidak berguna lagi dalam apa jua tindakan dan keputusan" 

"Suami yang gagal menguruskan masanya dengan baik dan berkesan turut gagal dalam meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak. Usah jadikan rumah ibarat tempat persinggahan"
"Usah biarkan urusan rumahtangga dan pendidikan anak-anak pada isteri sahaja. Walaupun isteri diamanahkan membimbing mereka. Suami perlu bersana beri perhatian sewajarnya".

"Suami usah memendam perasaan jika tidak berpuashati dalam sesuatu perkara, ia barat gunung berapi yang pasti akan meletup bila-bila masa dan boleh memakan diri". 

So to all wives and husbands out there, these are all for our guides.. may our love and marriage stays till jannah... amin

During our solemnization
24.12.08

Honeymoon at Kota Kinabalu
Bile lah lagi bleh sampai KK ni


Credit to : http://www.familiazam.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...